Darah sebagai makanan
Darah sebagai makanan

Darah sebagai makanan

Banyak budaya di dunia menggunakan darah sebagai makanan, yang sering kali digabungkan dengan daging. Darah mungkin dalam bentuk sosej darah, ataupun sup darah.[1] Produk darah sebagai makanan diperolehi dari darah haiwan yang dimasukkan ke dalam sesuatu bekas/wadah dan dimasak ataupun diproses menjadi makanan. Beberapa budaya juga, darah adalah makanan pantang larang dan tidak layak untuk dimakan.Darah adalah hasil sampingan yang paling penting dalam penyembelihan. Ianya terdiri terutama dari protein dan air, dan kadang-kadang disebut "daging cair" kerana kandungannya serupa dengan daging tanpa lemak. Darah yang dikumpulkan secara bersih dapat digunakan untuk penggunaan manusia, jika tidak, ia ditukar menjadi makanan berasaskan darah. Darah haiwan juga digunakan dalam perubatan manusia.[2]

Darah sebagai makanan

Kawasan Pelbagai
Bahan utama Darah haiwan